Sunday, February 19, 2017

Memories

Sampai je depan rumah, Khadijah berbisik mengatakan dia terasa aura stress. Alahai Khadijah. Miss Haura tak tahu nak bagi jawapan apa. Teringat kata-kata Khadijah semasa menunggu bas, 6 bulan tu panjang kalau duduk kat rumah sewa. Selama setahun setengah juga banyak kenangan yang dilalui bersama. Namun semua kenangan selama setahun setengah tinggal kenangan. Kenangan yang pahit dilupakan, kenangan manis disimpan di hati. Yang penting setiap pengalaman mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Siapapun kita, dimana pun kita berada, kita tetap akan menempuhinya. Jadi La Tahzan Ya Habibati.

Assalamualaikum wbt. Dah perenggan kedua baru nak bagi salam. Apara Miss Haura ni: D. Asiff jiddan. Maaf juga sebab dah lama tak update blog ni. Ada yang menunggu ke? Adakan? Takyah nak malu-malu. I know you hehe. Terima kasih sebab setia. Tak sangka sebenarnya ada yang menunggu Miss Haura update blog. Thank you so much <3. Rasa bersemangat nak menaip ni haha.

Tahun lepas, ada yang memberi komen pada entry lepas. Terima kasih sudi membaca. I try to write the best I can do tapi dia mentioned ‘geng’. Puaslah Miss Haura fikir siapalah yang komen ni. Hari Rabu yang lepas, ada unknown number personal message. Dialah yang tukang komen tu katanya. Miss Haura ingatkan siapalah dia ni sampai nak berahsia sangat. Langsung tak bagitahu nama. But ada klu dia yang membuatkan Miss Haura mencari balik memori 2 tahun yang lepas. Rasa kelakar ada, rindu pun ada (matrik). Tu jelah nak bagitahu hahah.

Miss Haura takde nak share apa-apa pun malam ni. Saja nak menaip malam-malam ni sebab assignment takde lagi. Almaklumlah, bosan takde buat apa-apa kat rumah.

Sebenarnya, Miss Haura dah 6 bulan lebih duduk kat rumah sewa. Bila dah duduk rumah sewa ni banyak benda baru yang Miss Haura belajar. Kalau sebelum ni duduk kat asrama. Bilik kecil je. So kalau nak berkemas pun kemas kawasan kita jelahkan. Duduk rumah sewa ni kawasan nak dikemas semakin besar dan dalam sebuah rumah sewa banyak mengajar diri kita supaya menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, memahami, bertoleransi, sabar dan sebagainya. Banyak sebenarnya. Tak larat nak keluarkan satu persatu.

Orang yang duduk di rumah sewa je yang tahu situasi sebenar ‘Rumah Sewa’.

Oh ya, start from now insyaAllah Miss Haura akan share kata-kata hikmah or puisi (bukan I yang buat) mungkin boleh bagi semangat sikit kat korang-korang ni kan.

Winter Words & Warm Memories

Kerana pertemuan kita,

Adalah bahagian,

Yang paling terindah.

Wednesday, April 6, 2016

BE GRATEFUL. LOOK SIMPLE BUT~~

ASSALAMUALAIKUM. Ahlan wasahlan kepada yang sudi membaca blog Miss Haura yang tak berapa nak hebat ni. I try my best to keep 'JIHAD FI SABILILLAH'. ALLAHUAKBAR!!! Terlebih semangat lah pulak. Aishh ni yang nak 'shy-shy-kambing' ni. Okay, back to my purpose. Kali ni Miss Haura nak share pasal 'be grateful'. Apa ke bendanya tu eh? Adehhh...adik-adik yang band 4,5,6 in MUET ni mesti tahu kan*angkat kening sebelah*. Hehe...maaf tak lawak pun.




Miss Haura dapat idea nak tulis pasal 'be grateful' ni selepas dengar lagu nasyid Redha-Soutul Mujahideen KISAS. Lagu dia happy je bila dengar tapi jangan lupa kena hayati liriknya juga.






Tulisan rumi: Rabbi auzi'ni an asykura ni'matakallati an'amta 'alayya wa'ala walidayya.........





Ni doa apa? Ini salah satu doa mensyukuri sesuatu nikmat. Maksud doa ni, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan juga kepada ibu bapaku". Kita ni selalu ingat Allah masa kita susah je. Bila ditimpa ujian dalam bentuk musibah baru ingat Allah. Bila senang kita tak ingat pun pada Allah huhu. Jom kita muhasabah diri kita sama-sama. Adakah kita ni selalu ingat Allah ataupun tak? Allahu...




Betulkan apa Miss Haura nak bagitahu, bersyukur ni nampak senang macam 'kacang goreng' tapi kita tak amalkan benda ni selalu. Kita nak bersyukur tak perlu tunggu bila Allah bagi nikmat je. Kadang-kadang ujian dan dugaan tu pun satu nikmat jugak. Kenapa? Sebab Allah bagi ujian, Allah bagi dugaan tu sebenarnya Allah sayang kita. Allah rindukan rintihan kita. Betul tak? *jawab sendiri*




Miss Haura teringat apa yang Ustazah Zanariah pernah bagitahu, selain daripada kita zikir 'Alhamdulillah' 33 kali selepas solat tu, kenapa kita tak ucapkan "Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa untuk aku", "Alhamdulillah, aku masih ada mama abah", "Alhamdulillah, hari ni aku dapat pergi kelas". Selepas tu, ustazah bagi tugasan kepada kami supaya listkan 'alhamdulillah' tu sampai cukup 33 kali. Kata-kata Ustazah Zanariah tu memang 'deep' sangat. Miss Haura pun terfikir jugak ada betulnya apa yang ustazah bagitahu tu.




Amalan 'Alhamdulillah' ni jugak boleh melatih diri kita untuk menjadi seorang yang positif. Sebab apa? Sebab kita akan redha dengan segala ketentuan Allah. Eheh, macam kena dengan tajuk lagu tu je hehe. Allah adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah itu pastinya yang terbaik untuk kita. Jangan pernah kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Bersyukurlah atas segalanya. Miss Haura selalu pegang ayat ni "Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya". Okay, kalau korang nak guna ayat ni pun boleh*smile*. Kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba yang taat perintahNya dan laranganNya. InsyaAllah....




Wallahu'alam~~




p/s: Miss Haura ada sekalikan video lagu dan lirik.






Selamat mendengar :)

Sunday, March 6, 2016

ADA HKMAHNYA TU~~

Assalamualaikum semua. Miss Haura rasa nak menulis lagi kat blog lah haha. This time rasa nak share membuak-buak sangat. Miss Haura baru lepas “mental break”. Apa ke bendanya tu? Hurmm…istilah ni pun Miss Haura baru dapat tadi lepas kena kutuk dengan ketua kelas sendiri. Dia yang kata Miss Haura ni “mental break” sebab nak drop subjek Effective Communication (sudent u pahamlah drop tu apa).

Actually, this problem came up when Miss Haura need to change to my formal attire from my “bengkel” attire (siapa ambil kos engineering dia paham baju bengkel camne). Miss Haura terserempak dengan lecturer dalam toilet. Lepas borak-borak dengan dia tetibe rasa nak menangis hanya dengan ayat “kesiannya korang”. Miss Haura nak menangis rasanya masa tu tapi nasib baik kawan Miss Haura ada kat situ.

And then, jumpa pulak dengan classmates kata nak drop EC sebab diaorang tak nak menyusahkan diri katanya. Lagilah hati Miss Haura masa tu rasa berat sangat-sangat nak pergi kelas EC. Cumanya masa tu Miss Haura tak boleh nak decide whether to drop EC or not. Miss Haura and the gang pun rasa nak drop je subjek tu tapi tak mencapai kata putus. Tergantung je. Kelas start sejam lagi. 30 minit lagi. 15 minit lagi. 0 MINIT!!! Kelas EC!!!

Masa tu the only one girl yang still masih positive and very calm, Zuraida. Dia je yang menentang kitaorang drop subjek EC. By the way, kitaorang ada 5 kepala dan 1 je yang berfungsi dengan betul haha. Sorry zue!!! (itu pujian taw ;3).

Miss Haura dah hilang masa tu (hati kat tempat lain, jasad kat tempat lain). Finally, kitaorang gerak je ke kelas walaupun masa tu 15 minit lambat. And Allah juga menetapkan yang lecturer kitaorang pun lambat hampir setengah jam. Student yang ambil EC sama kelas dengan Miss Haura memang sikit sangat. Dalam 20 orang je.


Sebenarnya nak cerita dalam masa berjalan tanpa hati tu, Miss Haura tawakkal 100% pada Allah. Allah takdirkan Miss Haura masuk kelas lecturer tu pasti ada hikmahnya. Allah takkan beri apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu. And Miss Haura rasa bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang positif macam Kak Eza dan Zue. Terima kasih (rasa nak menangis lagi :’) )




"CUKUP SEKADAR KAU BERADA DI SISI KU"

Tuesday, February 23, 2016

FROM DIARY PART 1

Lupakan apa sahaja masalah lalu yang sering menghantui diri kau. Biarkan persoalan demi persoalan tidak berjawab. Suatu hari pasti Allah akan berikan jawapannya. La tahzan, Miss Haura. Innallaha ma'ana.


...لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ...


Potongan ayat 40 dari surah At Taubah ini menerangkan ketika Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari, Allah telah menghantar bantuan untuk menyelamatkan Rasulullah S.A.W. dari dibunuh oleh kaum musyrikin. "Janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kita". Maksudnya di sini kita tidak sepatutnya berasa sedih atas suatu kejadian kerana Allah akan sentiasa membantu hambaNya.


Dan ingat, setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya kerana hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah akan beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. firman Allah:-


وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ   (٥٤
 “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”


Kadang-kadang kau rasa kau tak layak untuk semua ini sebab kau tahu diri kau macam mana. Itulah sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah itu sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, Allah saying kita, Allah cintakan kita. Tapi kita??? Hanya tahu merindui makhluk yang akan binasa sama macam kita.




TAKE NOTE:-
Ø  Jodoh itu ada tapi belum pasti.
Mati itu pasti dan semakin hampir.

Saturday, December 19, 2015

KAU PEMILIK CINTA



Assalamualaikum :)




Miss Haura nak ucapkan bittaufiq wannajah untuk semua student universiti sebab final dah dekatkan(saje nak spoil mood korang). Study...study jugak. Tanggungjawab kita sebagai hamba jangan diabaikan ye sahabat-sahabat hamba. Actually tajuk ni takde kaitan dengan exam sangat pun. Ada pun sikitlah. Sikiiiitttt sangat!!!




***




Sebenarnya Miss Haura tak nak share sangat pasal cintan cintun ni sebab I'm very sensitive. Takpelah...sadokan hati ye :) . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :')).




Cinta selalu dikaitkan dengan hati. Cinta adalah fitrah bagi seseorang yang bergelar MANUSIA. Cumanya MANUSIA ni susah sangat nak uruskan perasaan cinta ni. Miss Haura tak kata semuanya tak pandai uruskan bab cintan cintun ni. Ada yang jaga elok-elok tu baguslah. Alhamdulillah...sejuk perut mak yang mengandungkan.




Miss Haura ada persoalan sikit nak tanya:-

1. Kenapa awak suka orang tu?

2. Kenapa awak nak 'tackle' dia?

3. Siapa yang sepatutnya kita CINTA?

4. Apa punca masalah ni susah nak kawal?




***




Miss Haura tahu bila perasaan cinta ni datang kita rasa macam di awang-awangan. Betul tak? Betul tak? Tapi kita kena ingat cinta yang sebenar adalah Pemilik segala cinta iaitu Allah s.w.t. Lepas tu, cinta Nabi Muhammad s.a.w., cinta mak ayah and last sekali barulah cinta suami isteri. Dalam hierarki cinta ni takde pun terselit kat mana-mana cinta bf/gf. Takde ye...TAKDE!!! Jangan memandai nak tambah.




Habis tu kalau kita suka kat dia macam mana? Jawapannya senang saje. Carilah Allah. Bentangkan sejadah dan luahkan segalanya pada Allah. Tanya pada diri sama ada kita cinta dia sebab Allah ataupun nafsu semata-mata(nauzubillah).




Miss Haura tengok jugak zaman sekarang ni, syabab-syabab suka ambil jalan mudah. Contohnya, Si L suka dekat Si P & sebaliknya. Kemudian, Si L ajak Si P bertunang dengan alasan supaya diaorang boleh keluar dating. Baca sini baik-baik ye.




"Bertunang hanyalah ikatan antara dua insan sebagai tanda anda telah mengecop dia untuk menjadi bakal isteri or suami anda. Bertunang juga bukanlah bererti boleh keluar berdating 'sokmo'." Credit to: Kak Ilies.




"Seorang perempuan dinikahi kerana 4 perkara. Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Carilah yang mempunyai AGAMA, nescaya kamu akan beruntung.." (HR Muslim)




Miss Haura rasa semua faham hadis di atas. Miss Haura ada sedikit peringatan kepada Muslimah, hari tu Miss Haura ada terbaca status somebody ni. Dia kata mahal dan sombong adalah perkara yang berbeza. Wahai Muslimah sekalian, mahalkan maruah dirimu, bukanlah mahalkan maharmu. Sombong boleh tapi jangan terlalu sombong dengan ajnabi. Ye Miss Haura tahu kita nak jaga ikhtilat, nak jaga hati kita. Tapi sombong biar berpada.




Selama ni pun cara Miss Haura nak jaga ikhtilat, jaga hati dengan menyombong dengan lelaki tetapi sebenarnya cara ni hanya membuatkan orang benci dengan sikap kita je. Banyak lagi cara yang membolehkan ikhtilat dan hati kita sebagai Muslimah ni terjaga.










Wahai Muslimah sekalian,




Miss Haura bukanlah bidadari. Serba serbi cantik. Miss Haura pun MANUSIA biasa yang banyak buat dosa. Cinta yang paling utama dalam hidup kita ni adalah cinta Allah. Cinta yang lain-lain akan datang dengan sendirinya. Miss Haura mohon ampun dan maaf sekiranya menyinggung mana-mana perasaan. Miss Haura sayang sahabat-sahabat Muslimah ku sekalian. Tak dapat tertahan rasa sedih bila melihat kau dengan bangganya mengucapkan cinta kepada yang HARAM. Maafkan aku sahabat sekiranya aku tak dapat menegur mu selama ini. Selagi aku mampu untuk menarikmu ke Syurga akan ku usahakan dengan sebaik mungkin. Wallahu'alam.




Terima kasih :')

Selamat menghayati :')