Sunday, February 19, 2017

Memories

Sampai je depan rumah, Khadijah berbisik mengatakan dia terasa aura stress. Alahai Khadijah. Miss Haura tak tahu nak bagi jawapan apa. Teringat kata-kata Khadijah semasa menunggu bas, 6 bulan tu panjang kalau duduk kat rumah sewa. Selama setahun setengah juga banyak kenangan yang dilalui bersama. Namun semua kenangan selama setahun setengah tinggal kenangan. Kenangan yang pahit dilupakan, kenangan manis disimpan di hati. Yang penting setiap pengalaman mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Siapapun kita, dimana pun kita berada, kita tetap akan menempuhinya. Jadi La Tahzan Ya Habibati.

Assalamualaikum wbt. Dah perenggan kedua baru nak bagi salam. Apara Miss Haura ni: D. Asiff jiddan. Maaf juga sebab dah lama tak update blog ni. Ada yang menunggu ke? Adakan? Takyah nak malu-malu. I know you hehe. Terima kasih sebab setia. Tak sangka sebenarnya ada yang menunggu Miss Haura update blog. Thank you so much <3. Rasa bersemangat nak menaip ni haha.

Tahun lepas, ada yang memberi komen pada entry lepas. Terima kasih sudi membaca. I try to write the best I can do tapi dia mentioned ‘geng’. Puaslah Miss Haura fikir siapalah yang komen ni. Hari Rabu yang lepas, ada unknown number personal message. Dialah yang tukang komen tu katanya. Miss Haura ingatkan siapalah dia ni sampai nak berahsia sangat. Langsung tak bagitahu nama. But ada klu dia yang membuatkan Miss Haura mencari balik memori 2 tahun yang lepas. Rasa kelakar ada, rindu pun ada (matrik). Tu jelah nak bagitahu hahah.

Miss Haura takde nak share apa-apa pun malam ni. Saja nak menaip malam-malam ni sebab assignment takde lagi. Almaklumlah, bosan takde buat apa-apa kat rumah.

Sebenarnya, Miss Haura dah 6 bulan lebih duduk kat rumah sewa. Bila dah duduk rumah sewa ni banyak benda baru yang Miss Haura belajar. Kalau sebelum ni duduk kat asrama. Bilik kecil je. So kalau nak berkemas pun kemas kawasan kita jelahkan. Duduk rumah sewa ni kawasan nak dikemas semakin besar dan dalam sebuah rumah sewa banyak mengajar diri kita supaya menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, memahami, bertoleransi, sabar dan sebagainya. Banyak sebenarnya. Tak larat nak keluarkan satu persatu.

Orang yang duduk di rumah sewa je yang tahu situasi sebenar ‘Rumah Sewa’.

Oh ya, start from now insyaAllah Miss Haura akan share kata-kata hikmah or puisi (bukan I yang buat) mungkin boleh bagi semangat sikit kat korang-korang ni kan.

Winter Words & Warm Memories

Kerana pertemuan kita,

Adalah bahagian,

Yang paling terindah.

No comments: