Wednesday, April 6, 2016

BE GRATEFUL. LOOK SIMPLE BUT~~

ASSALAMUALAIKUM. Ahlan wasahlan kepada yang sudi membaca blog Miss Haura yang tak berapa nak hebat ni. I try my best to keep 'JIHAD FI SABILILLAH'. ALLAHUAKBAR!!! Terlebih semangat lah pulak. Aishh ni yang nak 'shy-shy-kambing' ni. Okay, back to my purpose. Kali ni Miss Haura nak share pasal 'be grateful'. Apa ke bendanya tu eh? Adehhh...adik-adik yang band 4,5,6 in MUET ni mesti tahu kan*angkat kening sebelah*. Hehe...maaf tak lawak pun.




Miss Haura dapat idea nak tulis pasal 'be grateful' ni selepas dengar lagu nasyid Redha-Soutul Mujahideen KISAS. Lagu dia happy je bila dengar tapi jangan lupa kena hayati liriknya juga.






Tulisan rumi: Rabbi auzi'ni an asykura ni'matakallati an'amta 'alayya wa'ala walidayya.........





Ni doa apa? Ini salah satu doa mensyukuri sesuatu nikmat. Maksud doa ni, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan juga kepada ibu bapaku". Kita ni selalu ingat Allah masa kita susah je. Bila ditimpa ujian dalam bentuk musibah baru ingat Allah. Bila senang kita tak ingat pun pada Allah huhu. Jom kita muhasabah diri kita sama-sama. Adakah kita ni selalu ingat Allah ataupun tak? Allahu...




Betulkan apa Miss Haura nak bagitahu, bersyukur ni nampak senang macam 'kacang goreng' tapi kita tak amalkan benda ni selalu. Kita nak bersyukur tak perlu tunggu bila Allah bagi nikmat je. Kadang-kadang ujian dan dugaan tu pun satu nikmat jugak. Kenapa? Sebab Allah bagi ujian, Allah bagi dugaan tu sebenarnya Allah sayang kita. Allah rindukan rintihan kita. Betul tak? *jawab sendiri*




Miss Haura teringat apa yang Ustazah Zanariah pernah bagitahu, selain daripada kita zikir 'Alhamdulillah' 33 kali selepas solat tu, kenapa kita tak ucapkan "Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa untuk aku", "Alhamdulillah, aku masih ada mama abah", "Alhamdulillah, hari ni aku dapat pergi kelas". Selepas tu, ustazah bagi tugasan kepada kami supaya listkan 'alhamdulillah' tu sampai cukup 33 kali. Kata-kata Ustazah Zanariah tu memang 'deep' sangat. Miss Haura pun terfikir jugak ada betulnya apa yang ustazah bagitahu tu.




Amalan 'Alhamdulillah' ni jugak boleh melatih diri kita untuk menjadi seorang yang positif. Sebab apa? Sebab kita akan redha dengan segala ketentuan Allah. Eheh, macam kena dengan tajuk lagu tu je hehe. Allah adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah itu pastinya yang terbaik untuk kita. Jangan pernah kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Bersyukurlah atas segalanya. Miss Haura selalu pegang ayat ni "Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya". Okay, kalau korang nak guna ayat ni pun boleh*smile*. Kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba yang taat perintahNya dan laranganNya. InsyaAllah....




Wallahu'alam~~




p/s: Miss Haura ada sekalikan video lagu dan lirik.






Selamat mendengar :)

No comments: