Assalamualaikum :)
Miss Haura nak ucapkan bittaufiq wannajah untuk semua student universiti sebab final dah dekatkan(saje nak spoil mood korang). Study...study jugak. Tanggungjawab kita sebagai hamba jangan diabaikan ye sahabat-sahabat hamba. Actually tajuk ni takde kaitan dengan exam sangat pun. Ada pun sikitlah. Sikiiiitttt sangat!!!
***
Sebenarnya Miss Haura tak nak share sangat pasal cintan cintun ni sebab I'm very sensitive. Takpelah...sadokan hati ye :) . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :')).
Cinta selalu dikaitkan dengan hati. Cinta adalah fitrah bagi seseorang yang bergelar MANUSIA. Cumanya MANUSIA ni susah sangat nak uruskan perasaan cinta ni. Miss Haura tak kata semuanya tak pandai uruskan bab cintan cintun ni. Ada yang jaga elok-elok tu baguslah. Alhamdulillah...sejuk perut mak yang mengandungkan.
Miss Haura ada persoalan sikit nak tanya:-
1. Kenapa awak suka orang tu?
2. Kenapa awak nak 'tackle' dia?
3. Siapa yang sepatutnya kita CINTA?
4. Apa punca masalah ni susah nak kawal?
***
Miss Haura tahu bila perasaan cinta ni datang kita rasa macam di awang-awangan. Betul tak? Betul tak? Tapi kita kena ingat cinta yang sebenar adalah Pemilik segala cinta iaitu Allah s.w.t. Lepas tu, cinta Nabi Muhammad s.a.w., cinta mak ayah and last sekali barulah cinta suami isteri. Dalam hierarki cinta ni takde pun terselit kat mana-mana cinta bf/gf. Takde ye...TAKDE!!! Jangan memandai nak tambah.
Habis tu kalau kita suka kat dia macam mana? Jawapannya senang saje. Carilah Allah. Bentangkan sejadah dan luahkan segalanya pada Allah. Tanya pada diri sama ada kita cinta dia sebab Allah ataupun nafsu semata-mata(nauzubillah).
Miss Haura tengok jugak zaman sekarang ni, syabab-syabab suka ambil jalan mudah. Contohnya, Si L suka dekat Si P & sebaliknya. Kemudian, Si L ajak Si P bertunang dengan alasan supaya diaorang boleh keluar dating. Baca sini baik-baik ye.
"Bertunang hanyalah ikatan antara dua insan sebagai tanda anda telah mengecop dia untuk menjadi bakal isteri or suami anda. Bertunang juga bukanlah bererti boleh keluar berdating 'sokmo'." Credit to: Kak Ilies.
"Seorang perempuan dinikahi kerana 4 perkara. Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Carilah yang mempunyai AGAMA, nescaya kamu akan beruntung.." (HR Muslim)
Miss Haura rasa semua faham hadis di atas. Miss Haura ada sedikit peringatan kepada Muslimah, hari tu Miss Haura ada terbaca status somebody ni. Dia kata mahal dan sombong adalah perkara yang berbeza. Wahai Muslimah sekalian, mahalkan maruah dirimu, bukanlah mahalkan maharmu. Sombong boleh tapi jangan terlalu sombong dengan ajnabi. Ye Miss Haura tahu kita nak jaga ikhtilat, nak jaga hati kita. Tapi sombong biar berpada.
Selama ni pun cara Miss Haura nak jaga ikhtilat, jaga hati dengan menyombong dengan lelaki tetapi sebenarnya cara ni hanya membuatkan orang benci dengan sikap kita je. Banyak lagi cara yang membolehkan ikhtilat dan hati kita sebagai Muslimah ni terjaga.
Wahai Muslimah sekalian,
Miss Haura bukanlah bidadari. Serba serbi cantik. Miss Haura pun MANUSIA biasa yang banyak buat dosa. Cinta yang paling utama dalam hidup kita ni adalah cinta Allah. Cinta yang lain-lain akan datang dengan sendirinya. Miss Haura mohon ampun dan maaf sekiranya menyinggung mana-mana perasaan. Miss Haura sayang sahabat-sahabat Muslimah ku sekalian. Tak dapat tertahan rasa sedih bila melihat kau dengan bangganya mengucapkan cinta kepada yang HARAM. Maafkan aku sahabat sekiranya aku tak dapat menegur mu selama ini. Selagi aku mampu untuk menarikmu ke Syurga akan ku usahakan dengan sebaik mungkin. Wallahu'alam.
Terima kasih :')
Selamat menghayati :')
3 comments:
Pergh...hebatla ^^ thanks geng bbst
MashaAllah...
Hehehe ,^^
Post a Comment