Assalamualaikum, awak-awak semua. Jawab eh. Berdosa
tau kalau korang tak jawab salam saya. Heh? Yeke? Hehe. Jangan marah na. Miss
Haura saja nak melawak (lawak ke?). Apa khabar iman kalian? Adakah iman semakin
bertambah atau menurun? Ceh, Miss Haura ni nak tiru ayat Tarbiah Sentap la
pulak kan. Takpelah…ni salah satu cara nak berdakwah jugak.
Korang-korang…
Sebenarnyakan, Miss Haura nak bagitau something.
Lately ni Miss Haura selalu rasa sedih sampai nak nangis tapi kadang-kadang tak
keluar air mata. Kenapa eh? Ada sesiapa boleh bagitau tak? Maybe sebab stress
kot? Ya, mungkin ada benarnya sebab Miss Haura kena buat video as an assignment
yang lecturer bagi huhu. I’m from mechanical engineering but why must I create
a video? Video kan budak IT je yang superb. Astaghfirullah…Miss Haura, budak IT
tetap budak IT saying oii. Apa salahnya budak mekanikal buat video sekali
sekala. Itupun boleh jadi salah satu softskill yang boleh ditonjolkan. Eheh,
okay I’m sorry!
Yesterday, for the first time Miss Haura present
dalam kuliah with my team members (fuhh!) and I’m the first presenter.
MashaAllah…buat kesekian kalinya jugak Miss Haura menggigil sebab nervous yang
melampau. Tapi Alhamdulillah habis je present terus lega sangat sebab takyah
nak fikir pasal presentation tu lagi dah hehe. AKU BEBAS!!! HAHAHA.
Tapi…
Sebelum start presentation tu ada satu masalah (luar
presentation) datang. Hurmm, tak best lah sebut masalah sebab bila sebut
masalah macam rumit sangat. Kegagalan penyampaian maklumat. Ha, that’s much suitable
hehe.
Ceritanya begini *throwback*,
Miss Haura kena set tarikh dan tempat untuk kelas
ganti tapi Miss Haura terlupa yang kelas Miss Haura gabung dengan kelas lain.
So, I made a decision for my class only. Seriously, forgot to discuss with the
other class. Tiba-tiba, lagi beberapa minit nak present member datang bagitau
budak-budak kelas BNK marah sebab diorang tak tau apa-apa pasal pertukaran
tarikh tu. So, Miss Haura pun takutlah sebab kecuaian sendiri terlupa nak
discuss dengan diorang. Kepala pun start sakit sebab fikir presentation kejap
lagi and then pasal kelas ganti lagi. FUHHH! Rasa nak meletup kepala time tu
tapi Alhamdulillah tak meletup.
Dengan pertolongan Allah, member yang datang bagitau
tadi tu sudi menghulurkan bantuan. Sebelum tu, dia ada hantar conversation
ketua kelas BNK kat Miss Haura. And I only reply her with sweat emoji. Otak
masa tu memang dah stuck habis. Try jugak fikir macam mana nak settlekan dengan
bebudak ni kan. Allahu…berat sangat rasa masa tu. Okay, sambung balik. Lepas
Miss Haura reply tu dia balas pulak and Miss Haura betul-betul terharu bila dia
kata “kesian awak. Takpelah, focus nak present jap lagi. Nanti fikir.”
![]() |
"Let me help you" |
Subhanallah…Allahuakbar…
Dia memang tau Miss Haura ada presentation pagi tu.
Bila dia cakap camtu, terus dia tolong contact dengan bebudak BNK tu.
Alhamdulillah, berkat bantuan dia semuanya selesai masa tu jugak. So, Miss
Haura focus kat presentation je masa tu. Sebelum ni memang Miss Haura yang
settlekan apa-apa yang berkaitan dengan kelas. Actually, I’m only the assistant
but madam Zaharah bagi kepercayaan pada Miss Haura untuk jadi wakil kelas. It’s
a big responsibility because I have to keep in touch with lecturers and some
students from other courses. And before this also, takde sorang pun member yang
nak tolong ambil tahu pasal penyebaran-penyebaran maklumat ni. Sampaikan pada
suatu ketika tu Miss Haura terpaksa merayu minta tolong sebab me terpaksa
handle event untuk kos program Miss Haura yang melibatkan semua batch. This
time, bila member sendiri datang nak tolong rasa macam berbaloi selama ni Miss
Haura membebel kat diorang suruh bagi kerjasama haha (I’m kuat membebel).
![]() |
"Could you lend me a hand?" :'( |
So conclusion untuk entry kali ni…
Kesabaran tu amatlah perlu bila nak berhadapan
dengan golongan yang asyik nak melepaskan diri sendiri je. Kita kena jugak
bebel kat diorang supaya diorang sedar kesilapan sendiri pada masa yang sama
diorang juga kena perbaiki. As a leader jugak kena ada strategi yang tersendiri
supaya anak-anak buah ni dengar cakap ketua diorang yang tak berapa nak bagus
ni huhu. So, sama-sama kita perbaiki kelemahan diri kita ni. Janganlah kita
berada di takuk yang lama je. Kenalah upgrade sikit hehe.
Miss Haura bukan nak membangga diri share cerita apa
yang berlaku dalam hidup seorang hamba yang hina ini. I just wanna all of you
take the ‘ibrah’ from my life. Semoga usaha Miss Haura yang sedikit ini dapat
membantu korang-korang yang rajin singgah kat blog Mujahidah Haura ni.
InsyaAllah…Miss Haura cuba sampaikan dengan mudah supaya korang-korang faham.
Terima kasih sebab sudi membaca di blog Mujahidah Haura. Syukran jiddan. Ma’as
salamah. Jumpa di next entry uolls :D
![]() |
"Sungguh nikmat rasanya bila ada tangan yang sudi dihulurkan" |
WALLAHU'ALAM
2 comments:
Waalaikumussalam ( jwb da hihi ) artikel yg menarik...klau ad masalah...bole share dgn saya...jgn malu2 #gengbbst
Post a Comment