Kenapa kita perlu tajdid niat? Niat sekali dah
cukuplah kan. Tak perlulah kita nak niat banyak2 kali. Nak buat apa kan? Ha…nak
tawu kenapa? Mai dekat mai rapat. Miss Haura nak share satu cerita dengan
pendakwah2 muda ni.
Pada suatu hari yang nyaman tapi berjerebu, ada
seorang Hamba Allah(HA) ni join satu persatuan dakwah…alhamdulillah. Dia join
persatuan ni sebab dia nak belajar cara-cara berdakwah. Alhamdulillah, dalam
masa sebulan je HA ni dah dapat banyak ilmu. Nak dijadikan cerita, HA Allah ni
telah ditawarkan satu jawatan dalam organisasi tersebut. Si HA ni pun menerima
tawaran tersebut dengan hati yang terbuka & ikhlas. Disebabkan kecomelan
& sikap peramah HA ni jugak dia terkenal di kalangan MT persatuan tersebut.
Lama kelamaan, sahabat HA ni perasan akan perubahan
yang berlaku dalam diri HA ni tapi didiamkan sahaja kerana masih tidak cukup
bukti lagi. Suatu hari, HA & sahabatnya mempunyai urusan yang perlu
diselesaikan di pejabat HEPA. Secara kebetulan, mereka terserempak dengan Tuan
Pengerusi persatuan tersebut di HEPA. Si HA ni pun dengan tidak diduga berasa
teruja bercampur ala2 gedik dengan pertemuan tidak terancang dengan Tuan
Pengerusi. Si sahabat berasa terkejut & meluat dengan sikap HA tersebut.
Si sahabat nekad untuk menegur sikap HA yang kurang
enak jika dilihat dari mata seorang muslimah. Selepas tamat kelas, si sahabat
mengatur ayat untuk menegur HA ni.
“Awak, saya hairan tengok sikap awak depan Tuan
Pengerusi tadi.”
“Hairan apanya?”
“Awak, saya tahu awak dah bertunang kan tapi kenapa
awak bersikap teruja ala2 gedik tadi?”
“Mana ada!”
“Awak, saya tahu awak minat dengan Tuan Pengerusi
kan? Sedangkan awak dah bertunang. Awak takut tak kalau tunang awak simpan
perasaan pada perempuan lain? Awak, please wake up! Saya tak nak tengok
perkahwinan awak dengan bakal suami awak tak bahagia(nauzubillah).”
HA hanya mendiamkan diri setelah mendengar nasihat
sahabat dunia akhiratnya itu. Tiba-tiba HA ni kata nak keluar dari persatuan tu
atas sebab Tuan Pengerusi. Ah, sudah!!!
*****
Berdasarkan kisah di atas, niat asal dia nak ilmu
berdakwah tapi niat dia berubah atas faktor suka pada seseorang. That’s why we
must tajdid our niat everyday. Tak kiralah korang nak pergi sekolah or nak
pergi kerja or nak berniqab or nak pergi masjid. First, korang kena set matlamat
utama korang buat sesuatu. Second, bila korang rasa lain macam je dengan hati
korang cepat2 tajdid niat. Yang ni korang kena lebih peka huhu. Perkara ni
selalu terjadi pada semua orang sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita tak perasan
je perubahan yang berlaku ni. Hati ni sifatnya berbolak-balik sebab tulah kita
kena tajdid niat SELALU. SELALU taw. Bukan KADANG-KADANG je. Diulang ‘SELALU’.
InsyaAllah bila kita tajdid niat kita selalu barulah kita tak mudah tersasar
dari matlamat asal kita. One more thing, kalau si HA tu rasa dengan meletakkan
jawatan & keluar dari persatuan tersebut akan membuatkan hatinya tetap
semula, silakan. Tapi tindakan tu mungkin akan menyusahkan orang lain sebab
terpaksa cari pengganti untuk jawatan dia. Miss Haura nak share doa untuk
tetapkan hati. Wallahu’alam. Semoga bermanfaat untuk semua.
Miss Haura§
~21102015~
![]() |
mudah-mudahan bermanfaat *senyum* |
No comments:
Post a Comment