Friday, October 23, 2015

BETAPA ALLAH CINTAKAN KAU

Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya jika ALLAH MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, 'Wahai Jibril! Aku mencintai dia, maka cintailah dia!!' Maka Jibril pun mencintai dia. Lalu Jibril menyeru penduduk langit, 'Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai dia, maka cintailah dia!!' Maka penduduk langit pun mencintainya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh penduduk bumi!"(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Miss Haura amat tertarik dengan hadis ini jika kita fahami dan hayati bersama apa terdapat dalam hadis tersebut. Kalau kita faham betul2 hadis ni kita sendiri akan menitiskan air mata. Actually, point penting kat sini nak cakap kenapa kita lebih cintakan manusia berbanding kita cintakan Allah? Sedangkan kalau kita cintakan Allah maka seluruh apa yang ada di langit dan di bumi akan mencintai kita.

Kenapa kita terlalu sombong dengan Pencipta kita? Allahu... Sampai bila kita nak macam ni? Sampai kita mati ke? Nauzubillah. Semoga kita mendapat kesedaran tu awal. Miss Haura nak cerita ni hehe. Pernah sewaktu dahulu Miss Haura rasa kosong sangat hati ni walaupun Miss Haura ada kawan yang selalu menceriakan hari-hari Miss Haura. Tapi Miss Haura still rasa kosong. Setiap kali menunaikan solat mesti Miss Haura menangis. Ye, menangis wahai sahabat ku. Setiap air mata yang menitis tu tak tahu sebab musababnya. Hanya mampu menangis sambil letak tangan di dada. Sampaikan kalau nak mengaji pun boleh menangis. Miss Haura cerita semua ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau bangga diri. NO! Miss Haura pun manusia biasa macam korang2 yang tengah baca ni. Banyak sangat dosa. Tak sanggup nak ingat lagi sebenarnya. 

Alhamdulillah, betullah Allah tu Ar Rahman dan Ar Rahim. Kita je yang buta selama ni. Allah sentiasa membantu hambaNya yang melakukan kebaikan. Mungkin ada di antara kita yang tak sedar akan hal ini. Cubalah kita berfikir dengan hati bukan dengan otak sahaja. InsyaAllah, nanti korang akan nampak setiap yang berlaku dalam hidup korang tu ada hikmahnya. Tak kiralah peristiwa tu gembira ataupun sedih. Bila sesuatu berlaku tu belajarlah berfikir dengan mata hati. Mudah-mudahan korang akan lebih tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya.

Lagi satu pesanan Miss Haura, hentikanlah bercouple, bercinta sebelum nikah, berikhtilat, suka orang itu suka orang ini, crush itu crush ini. Rasa ingin menegur tu dah lama tapi selama ini hanya mampu berdoa sahaja. Miss Haura sedih tengok ada di antara sahabat2 daripada dulu dia takde couple2 ni terjebak dengan couple, daripada tak pernah pergi dating dengan ajnabi jadi berdating dengan ajnabi dan banyak lagilah (nauzubillah). Miss Haura bukan tak pernah tegur, selalu Miss Haura ingatkan supaya "jaga diri, jaga batas pergaulan tu semua" tapi dia cuma cakap "ye, aku tawu jaga diri." Miss Haura risau jadi apa2 kat dia. One more thing, korang janganlah ingat bila korang dah bertunang tu boleh keluar selalu, on the phone tiap-tiap malam, berbual-bual yang lagha and so on lah. Jawapannya TAK BOLEH!!! Jangan nak mengada eh.

Okay2, rileks. Chill. Cool. Mesti korang panas kan baca entry kali ni. Tak kisahlah. Miss Haura kalau nak tegur, tegur je. Okay, back to the story. Antara sebab yang paling kuat dan kukuh mengapa Miss Haura kata TAK BOLEH!!! tu ialah:-
  1. Kalau korang perempuan, tunang korang lelaki dan sebaliknya.
  2. Hukum berikhtilat tu HARAM kecuali hajat atau darurat.
  3. Anything can be happened to girls (faham2kan sendirilah ye).
Even korang rasa tunang (laki) korang tu baik sekalipun, percayalah akan datang yang ketiga iaitu SYAITAN. See!!! Anything can happen. Korang tak takut ke? Banyak benda nak cerita? Nak tanya? Simpan dulu sisters. Dah kahwin nanti nak cerita sampai tak tidur seminggu pun boleh. Takde siapa pun halang. Cuba korang fikir ye. Sebelum kahwin korang dah ber'sweet2' sampai potong kaki. Apa yang tinggal untuk alam perkahwinan korang nanti? Nothing!!! Semuanya korang dah share sebelum kahwin.

Pada suatu hari, Miss Haura nampak status dia kat laman sosial. Miss Haura pun comment lah. Dengan secara tak sengaja, tunang sahabat Miss Haura balas comment. Miss Haura pun apa lagi, suruh si lelaki ni cepat2 kahwin dengan sahabat Miss Haura ni. Si lelaki pun membalas, "InsyaAllah, 2 tahun lagi." Miss Haura tak tahu kenapa hati Miss Haura sekarang ni sukar mempercayai janji-janji manis yang keluar dari mulut yang namanya AJNABI. Last words, Miss Haura doakan semoga awak dan dia berjodohan sehingga ke syurga.

p/s: Miss Haura dapat idea menulis tajuk ni selepas baca buku INFIRU. Tarbiah Sentap THE BEST *thumbsup*

No comments: