Friday, October 16, 2015

SAMBUTAN MAAL HIJRAH (PERARAKAN)

Assalamualaikum antum semua. Miss Haura doakan antum semua sihat walafiat seperti selalu. Rasanya tak terlambat lagi kan Miss Haura nak ucapkan Salam Maal Hijrah hehe. Perkongsian kali ini Miss Haura nak share sambutan maal hijrah.


Buat julung-julung kalinya, pihak JAKIM telah membuat pembaharuan dalam menyambut Awal Muharram. Kalau sebelum ini selalunya hanya diadakan di dalam dewan sahaja tetapi pada tahun ini telah diadakan perarakan Maal hijrah. Pada mulanya Miss Haura pun confused. Rasa macam sambutan Maulidurrasul pun ada. Perarakan Maal Hijrah ini disertai seramai 50,000 anggota dari badan-badan NGO dann pelajar. Sahabat Yadim telah menghantar seramai 991 peserta dari universiti-universiti awam (UA). Miss Haura mewakili Sahabat Yadim dari UTHM *saje nak promote*.


Selepas perarakan, program kami berterusan di dalam Dewan Muktamar Islam. Disebabkan Miss Haura baru first year join Sahabat Yadim ni, so kami yang muda-muda ni berkenalan dengan senior-senior dari UA yang lain dan Presiden Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim. Antara program yang paling menarik bagi Miss Haura ialah sesi Berdialog bersama Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Miss Haura sangat tertarik dengan hujah-hujah yang diberikan oleh beliau. Time ni first time jugak Miss Haura dengar lagu tema Sahabat Yadim. Satu-satunya persatuan islamik yang ada lagu tema yang Miss Haura join haha. Lagunya best, setiap bait-bait lirik tu sangat mantop. Miss Haura boleh bagi thumbs up.


~Semasa perarakan dari Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara~





Muslimin ni hebat jugak berselfie

UTHM berada di hadapan





HIJRAH LAMBANG SOLIDARITI UMMAH ^_^


Ingat comel ke buat muka camtu Tuan Pengerusi haha :P









~Selepas perarakan dan sarapan pagi~







~Di dalam Dewan Muktamar Islam~



Maaf la ye gambar muslimin ni banyak pulak. Muslimat gambar private hehe


Berdialog bersama Dr. Asyraf Wajdi




~Sebelum pulang ke Johor~

Bakal-bakal pendakwah terhebat...InsyaAllah~










~Program Sahabat Yadim akan datang bersama barisan pimpinan baru~

KONSTANTIN ^_^

Jumpa anda di sana *peace*



Lagu tema Sahabat Yadim

"Pendakwah Muda Sahabat Yadim"

di sini kita berkumpul 
sahabat Yadim
siap siaga pendakwah muda 
dengan ilmu dan pengalaman
demi dunia dan akhirat...

tebarkan sayap perjuangan
seantero dunia
seru yang baik, cegah kemungkaran
dengan tangan, atau lidah
dengan hati yang mendoakan...

sahabat yadim, kita bertemu
berukhuwah dan bertukar fikiran
kita pemimpin, pendakwah muda
yang mewarnai masa hadapan
kita sahabat, walau ada di mana jua
terus berbakti menabur jasa..

kita pemimpin memikul amanah
sebagai khalifah di muka bumi
pendakwah muda penuh berhikmah
sampaikan dariku walau satu ayat.

biar apapun badai yang melanda
kau tetap teguh sabar dan terus mara
biarpun keseorangan
kau tetap kan teruskan perjuangan...

mengimbau sejarah Rasul junjungan
setiap detik ujian melanda 
baginda contoh ikutan
role model pemimpin sepanjang zaman...

sahabat yadim, kita bertemu
berukhwah dan bertukar fikiran
kita pemimpin, pendakwah muda
yang mewarnai masa hadapan
kita sahabat, walau ada di mana jua
terus berbakti menabur jasa...

kita pemimpin memikul amanah 
sebagai khalifah di muka bumi
pendakwah muda penuh berhikmah 
sampaikan dariku walau satu ayat
walaupun di mana, kitalah sahabat
moga berjaya (sahabat) dunia akhirat ....



Video bersama Dr. Asyraf Wajdi Dusuki



Video dialog bersama Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

No comments: