Assalamualaikum ya asdiqoi :). Kaifa halukum jami'an? Ana? Alhamdulillah, ana bikhoir. Alhamdulillah...alhamdulillah. Dah lama betul tak cakap arab ni huhu. Almaklumlah, dah 2 tahun meninggalkan sekolah menengah.
Alhamdulillah ;), korang semua tahu kan hari ni hari apa? Ye, betul tu sayang. Hari ni 1 Ramadhan. Tepuk tangan sikit ;P. Alhamdulillah, tahun ni miss haura dapat menunaikan rukun islam yang ketiga. Gembira baq hang ;P. Excited yang teramat excited. Ha? Acane tu? Pikirlah sendiri ye *peace*.
Actually, miss haura nak share pasal puasa ni. Nampak macam tak penting kan? Ketahuilah hakikat yang sebenarnya benda ni penting untuk kita semua. Okay, semua sedia maklum bila tiba je bulan Ramadhan semua umat Islam wajib berpuasa. Apa yang kita akan buat? Kita akan bangun sahur, then kita puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari. And then kita buka puasa. Lepas tu, malam pi tarawikh. Itu jelah aktiviti kita time bulan puasa ni. Di samping amalan-amalan yang lain.
Tapi mungkin ada antara kita tak tahu ketika puasa kita kena jaga 2 benda:
1. Jangan batal puasa
2. Jangan batal pahala puasa
Miss haura nak highlight yang no. 2 tu. Batal pahala puasa? Ya, pahala puasa juga boleh terbatal, maka puasa kita akan menjadi sia-sia sahaja. Apa yang boleh membatalkan pahala puasa ni? Banyak sangat sebenarnya kalau nak list kan tapi I'll point out some of it.
1. Tak tutup aurat.
2. Mengumpat.
3. Tak solat.
4. Hiburan yang lagha(sia-sia).
5. Marah.
6. Berkata kesat.
Hmmm...cukuplah tu kan. Nak hurai panjang-panjang malas lah. Semua dah besar, dah baligh, dah boleh fikir apa yang baik untuk diri sendiri.
Rasanya setakat itu sahaja. Maafkan miss haura sekiranya miss haura ada terkasar bahasa atau mengguris perasaan sesiapa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Banyakkan baca Al-Quran dan jangan lupa pergi tarawikh ;*. Tembak doa banyak2 tau untuk miss haura :P. Terima kasih kerana sudi membaca. Sayang korang semua lillahi taala(perempuan only) ;P. Wassalam<3

No comments:
Post a Comment