Tuesday, February 23, 2016

FROM DIARY PART 1

Lupakan apa sahaja masalah lalu yang sering menghantui diri kau. Biarkan persoalan demi persoalan tidak berjawab. Suatu hari pasti Allah akan berikan jawapannya. La tahzan, Miss Haura. Innallaha ma'ana.


...لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ...


Potongan ayat 40 dari surah At Taubah ini menerangkan ketika Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari, Allah telah menghantar bantuan untuk menyelamatkan Rasulullah S.A.W. dari dibunuh oleh kaum musyrikin. "Janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kita". Maksudnya di sini kita tidak sepatutnya berasa sedih atas suatu kejadian kerana Allah akan sentiasa membantu hambaNya.


Dan ingat, setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya kerana hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah akan beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. firman Allah:-


وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ   (٥٤
 “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”


Kadang-kadang kau rasa kau tak layak untuk semua ini sebab kau tahu diri kau macam mana. Itulah sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah itu sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, Allah saying kita, Allah cintakan kita. Tapi kita??? Hanya tahu merindui makhluk yang akan binasa sama macam kita.




TAKE NOTE:-
Ø  Jodoh itu ada tapi belum pasti.
Mati itu pasti dan semakin hampir.

No comments: